Cari Blog Ini

Isnin, 8 Julai 2013

hai anak anak...

         
Assalamualaikum... dan salam ceria.. 
Nampaknya mood menulis datang lagi.. kali ini dengan kisah anak anak yang tak pernahhabis. Saban hari mereka menyerikan kehidupan dengan gelak tawa dan karenah mereka yang pelbagai. Inilah puteridan puteraku, nikmat kurniaan Ilahi padaku dan suamiku dalam bentuk amanah yang melengkapkan keluarga kecil kami. 


Jo

Kenapa tiba tiba nak cerita pasal mereka? Sebenarnya sejak akhir akhir ni kedua mereka ni selalu aje mencabar kesabaran ku. Dan kadang kadang aku jadi takut melihat mereka sambil mengenangkan amanah yang aku terima bersama mereka. Mampukah aku mendidik mereka. 
Melihat keletah mereka aku jadi seronok. Tapi melihatkan masa aku bersama mereka yang terhad, aku jadi takut. Aku takut tak mampu menjadikan mereka muslim sejati. Dan mampulah aku manjadikan mereka insan cemerlang. Aku ingin sekali memberi mereka yang terbaik. 
Semoga cita cita dan impianku jadi nyata. Semoga anak anakku berjaya dunia dan akhirat.
"Ya Allah. Sesungguhnya hambamu ini insan yang lemah. Kuatkanlah aku dan pendirianku. Tabahkan hati dan nakuriku. Berikan aku kesabaran hati.. berikan aku ketetapan hati. Berikan aku hidayah dan prtunjuk dalam menjadikan mereka insan terbaik dunia dan akhirat."