Cari Blog Ini

Khamis, 10 Januari 2013

MINGGU PERTAMA PERKULIAHAN

Start from this week until the end of this semester, I become an English teacher ( OMG!!!). It is a big thing to me, because I never teach English before.. But I take this task as a motivation for me. So, I can practice my English while I assisting Miss Wirda teaching in our English class...
MISS WIRDA AND STUDENTS

This first week, we almost do the introduction to the subject... Miss Wirda have her rules in our class...
this is my first English class





English for customer services

First, must be punctual.. I hope, I,m not the one who always late..
Second, no handphone in our class... (except for the lecturers)
Third, always look smart...
Fourth, ten cent for every malay, kadazan, iban, javanese, chinesee, german and etc in our English class. (maybe I'm the one who always pay for this... hope not..)

In this semester, 60 percent of our student is PERHEBAT... PERHEBAT is a group of army who will retire. But before that they must attend courses.. So some of them take courses in my College.. Exciting but adventure right!!
there are a lot of work loading on my back for this week... document, document, document... Last semester TEACHING RECORD FILE (FRP), examination document, students allowance document... and also audit from inner auditor. But I try my best to finish all the job...

So, next week my hubby and will bring our children to Goald Coast Morib... I am 31 years old this week and my son will celebrate his birthday on 21 January... I hope we will get a memorable and happy moment in there...
GOLD COAS MORIB...WE COMING...

see you next entry yahhh...

Jumaat, 4 Januari 2013

PEPLUM...??

Peplum...bila tengok baju jenis ni macam cantik je orang pakai (kita pakai cantik ke?)..
teringin juga nak memakainya..


Mengikut wikipedia Peplum bermaksud 'short overskirt that is usually attached to a fitted jacket, blouse or dress'.   fesyen peplum ni dah jadi trend sekarang ni.. bak kata umi pun baju Saloma.. Maknanya zaman Saloma dulu lagi fesyen ni dah popular... hilang dan kini muncul kembali... tak tahulah samada zaman dah kembali kebelakang atau ....?
mungkin betul juga kata seorang pensyarah GMI masa kursus AOL ( Action Oriented Learning ).. Manusia yang dilahirkan pada era selepas zaman perang dunia kedua (1946-1964) ni adalah baby boomers... sangat kreatif dan berdikari...buktinya... hasil kreativiti mereka menjadi inspirasi pereka sekarang... tahniah baby boomers (especially my mum).


seronok juga tengok fesyen peplum ni... baju kurung pun dah ada peplum... aku ada jugak cuba-cuba buat baju ni, tapi disebabkan faktor masa (actually malas pun ada) terbengkalailah projek aku tu...entah bila nak sambung... hehehe..
 untuk itu, sampai di sini saja entry untuk hari ni...

daaaa.....

Ps: to dinda amizan... nanti bila baju dah siap boleh lah jadi model akak ye...

Selasa, 1 Januari 2013

2013 sudah DATANG

Assalamualaikum..... sudah terlalu lama saya meninggalkan blog ni... kini bertemu kembali di hari yang baru , di tahun yang baru...selamat tahun baru semua... semoga di tahun baru ini, kita mulakan dengan azam yang baru...



2012 yang penuh kenangan telah berlalu.. sekejap saja masa meninggalkan kita... anak-anak pun dah bertambah usia dan laku... semakin hari tugas sebagai ibu kepada kedua anak ini kian mencabar... Terutamanya untuk Ijoy yang semakin hari kian nakal, juga Dina yang banyak sangat soalannya....


 

 Esok Dina akan mula bersekolah.. walaupun cuma prasekolah sahaja.... persediaannya mengalahkan makcik dan pakciknya yang bersekolah menengah... semoga dia berjaya menyesuaikan diri dan menjadi pelajar yang pintar dan dihormati...

Walaupun tahun sudah berganti, saya masih orang yang sama.. masih lagi seorang isteri kepada seorang suami yang amat dicintai dan dikasihi, seorang ibu pada sepasang anak-anak yang nakal, dan juga masih lagi seorang pengajar anak bangsa... Alhamdulillah... saya bersyukur dengan nikmatNya... semoga Allah memberkati kehidupan kami sekeluarga....

Sebagai kakak... aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik-adikku... walaupun kadang-kadang aku tak mengerti apa yang mereka inginkan dalam kehidupan... aku cuba sedaya upayaku membantu tapi aku juga tak mahu manjakan mereka... semoga mereka faham kenapa...

Tahniah buat Epa kerana dikurniakan cahaya mata di hari pertama tahun 2013 ni... semoga baby girl yang dinanti kian lama dan penuh sabar ini dirahmati ALLAH hendaknya... (sorry tak dapat tengok kat hospital... mama tunggu kat rumah je ye...)


akhir coretan kali ini, semoga tahun 2013 ini akan bermula, berlangsung dan berakhir dengan keberkatan...
AMINN.....

Selasa, 31 Januari 2012

Lagu Untuk Mu


Kau mahu apa pastikan ku beri
kau minta apa akan ku turuti
walau harus aku terlelah dan letih 
ini demi kamu sayang
aku tak akan berhenti 
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati 
ku kan berdoa pada ilahi 
untuk satukan kami
di syurga nanti
tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
tuhan tolong aku
tolong jaga dia
tuhan aku sayang dia...


dedicated for my beloved family...
to my husband... terima kasih kerana memahami dan menyayangiku seadanya...
to dearest jewels in my life, dina and ijoy... semoga Allah melindungi dan membimbing kalian...
to umi and abah...ku pohon ampun dan restu...


apa yang kami lakukan untuk kalian takkan sama dengan apa yang telah kalian lakukan untuk kebahagiaan kami... terima kasih banyak...

Isnin, 30 Januari 2012

salam...

Assalamualaikum...
permulaan penulisan blog ku ini... entah bila akan berakhir,.. mungkin hari ini, mungkin juga esok...mungkin juga akan berterusan..insyaallah... harap-harap kesibukan kerja dan kerjaya tetapku sebagai mama kepada putera dan puteriku tidak menjadi penghalang penulisanku yang baru sahaja bermula...
kalau 10 tahun dulu sudah ada blog ni dan kemudahan internet berleluasa seperti sekarang, mungkin aku antara penulis blog yang aktif.. tapi kini.. aku masih sedang mencari kembali minat ku yang telah lama aku pendamkan...