2012 yang penuh kenangan telah berlalu.. sekejap saja masa meninggalkan kita... anak-anak pun dah bertambah usia dan laku... semakin hari tugas sebagai ibu kepada kedua anak ini kian mencabar... Terutamanya untuk Ijoy yang semakin hari kian nakal, juga Dina yang banyak sangat soalannya....
Esok Dina akan mula bersekolah.. walaupun cuma prasekolah sahaja.... persediaannya mengalahkan makcik dan pakciknya yang bersekolah menengah... semoga dia berjaya menyesuaikan diri dan menjadi pelajar yang pintar dan dihormati...
Walaupun tahun sudah berganti, saya masih orang yang sama.. masih lagi seorang isteri kepada seorang suami yang amat dicintai dan dikasihi, seorang ibu pada sepasang anak-anak yang nakal, dan juga masih lagi seorang pengajar anak bangsa... Alhamdulillah... saya bersyukur dengan nikmatNya... semoga Allah memberkati kehidupan kami sekeluarga....
Sebagai kakak... aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik-adikku... walaupun kadang-kadang aku tak mengerti apa yang mereka inginkan dalam kehidupan... aku cuba sedaya upayaku membantu tapi aku juga tak mahu manjakan mereka... semoga mereka faham kenapa...
Tahniah buat Epa kerana dikurniakan cahaya mata di hari pertama tahun 2013 ni... semoga baby girl yang dinanti kian lama dan penuh sabar ini dirahmati ALLAH hendaknya... (sorry tak dapat tengok kat hospital... mama tunggu kat rumah je ye...)
akhir coretan kali ini, semoga tahun 2013 ini akan bermula, berlangsung dan berakhir dengan keberkatan...
AMINN.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan