Cari Blog Ini

Jumaat, 22 Februari 2013

TELUK INTAN OH TELUK INTAN

     Salam satu Malaysia... Tak pasal-pasal jadi patriotik plak kan... Coretan kali ini berkisar dengan perjalanan kami sekeluarga ke Perak... Asalnya nak pergi dua kereta, last minute... adik lelaki terpaksa terbang ke Madrid, Sepanyol untuk menjalani kursus selama tiga bulan... Untungnya... Kerja kilang pun dah dapat pi luar negara... Aku ni bilalah lagi kan...

    Balik pada cerita tadi, pada 1 Febuari yang lalu iaitu bersamaan dengan hari pertandingan selawat atas bot di Sungai Melaka, aku dan keluarga berangkat ke Ipoh tanpa sempat aku melihat hasil hiasan bot di waktu malam... (terkilan). Mujur kawan-kawan ada yang tolong snap pic untuk aku... Puas hati jugak coz menang pada hari tu... Kami memulakan perjalanan pada pukul 10.00 malam dan sampai ke Taman seri Tambun Ipoh, pada pukul 1.30 pagi... Kasihan tambah kasih kat hubby, coz kena drive sorang-sorang... sebab yang lain termasuk aku tido sepanjang perjalanan.. Thanks abang...

  Kami ke Ipoh untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu... Hanya majlis perkahwinan sepupuku di Ipoh sahajalah alasan untuk kami menjejakkan kaki ke sana. Pada sepupuku Linda, Selamat menempuh hidup yang baru... Kami disana tidak lama... pada pukul 5.30 pm , 2 feb 2013, kami bernagkat meninggalkan Ipoh... On the way, aku suggest kat hubby... Jom pi tengok amizan (adik yang sedang practical kat Hospital Teluk Intan)... Hubby kata ok, parent pun ok... maklumlah dapat pi tengok anak manja kat Teluk Intan... Actually this is our first time come to Teluk Intan...

      Dari Tol Simpang Pulai kami menuju ke Tol Bidor... Lebih kurang satu jam juga perjalanannya.. Keluar Tol Bidor, kami tercari-cari signboard Teluk Intan.. First time kami pi tempat orang tanpa google Map... hanya guna signboard... First signboard belok kanan... jumpa pekan kecil... ternampak satu signboard menunjuk arah ke kiri menuju teluk intan... tapi mata kami lebih tertumpu pada petai di kiri jalan... besarnya petai tu... sambil mencari simpang yang dimaksudkan... tapi sehingga hampir 3 km melepasi signboard tadi, simpang ke teluk intan masih tidak ditemui... akhirnya kami patah balik... rupa-rupanya jarak dari signboard ke simpang lebih kurang 1 km...
Pemandangan dari bilik hotel
  
Terasa jauhnya Teluk Intan... dari simpang tadi ke Teluk Intan lebih kurang 40km... pemandangannya cuma pokok kelapa sawit dan buah-buahan.. masih view kampung... akhirnya bertemu juga Hospital Teluk Intan dan adik ku... dengan muka cerianya... jam sudah menunjukkan pukul 7.30pm.. we decide untuk stay kat sana.. So we sewa bilik di hotel anson...

Malam tu ada pasar mala sempena CNY kat teluk Intan... sambil jalan-jalan, we took some pic of menara condong... very nice view when the tower change color every minute...

Thet night we all dapat tengok bunga api.. bukan sekali tapi tiga kali... kaya betul orang teluk intan ni...
   We all bergerak dari Teluk Intan pada pukul 11 pagi 3 Feb 2013... on the way balik, my hubby kata jom pi banting... teringat kat Wak Dol Soto punya tempe goreng... So we all pi lah banting melalui exit KLIA... Sampai di Banting, Wak Dol Soto tutup.... sian kat hubby... beli tempe goreng tempat lain pun tak sama rasanya... we all lepak kejap di Pantai Morib then pulang ke Melaka melalui Port Dickson...

So di bawah ni antar gampar yang sempat kami ambil sepanjang perjalanan kami...

menara condong




pasar malam sekitar menara








siput Ijoy



sekitar pantai morib


















   Perjalanan hari itu sangat jauh tapi seronok... Baru kali ini kami kenal teluk intan... Sebuah bandar yang dimonopoli oleh orang cina...  aniway ada rezeki kami datang lagi...

Jumaat, 15 Februari 2013

Selawat Atas Bot di Sungai Melaka

Assalamualaikumm...
Sebenarnya dah lama nak buat entri ni tapi masa sangat tidak mengizinkan... Pada 1 Febuari 2013 yang lalu , Kolej Komuniti Masjid Tanah telah menyertai pertandingan selawat atas bot di sungai melaka... Untuk persediaan hiasan bot itu mengambil masa 2 minggu untuk disiapkan.. maklumlah nak rancang, buat rangka , masuk lampu, balut lagi...

proses testing dan balut
 Thanks to mr Hubby sebab tolong menyiapkan rangka yang paling susah ketika dia sepatutnya bercuti (3 hari).. Kenalah belanja makan sebagai tanda terima kasih...



sewaktu menghias bot





Untuk hiasan bot ni aku dan 3 lagi rakan iaitu diba, hafiez dan aiza diberi tanggung jawab.. tema bot kami adalah tanglung... so bot kami tak letak walau sekuntum bunga hiasan pun.. cuma ada tanglung dan lampu...  penat juga menyiapkannya dan banyak sungguh cabaran...
Hasilnya di malam pertandingan
 alhamdulillah... berkat kesungguhan kami dan juga kumpulan selawat, kami dinobatkan sebagai juara pada malam itu.. sebenarnya pada malam tu, aku dan keluarga telah bertolak ke Ipoh.. so saat kemenangan itu tak dapat aku ada bersama...
Semoga kejayaan kami ini menjadi motivasi kepada pelajar kolej komuniti masjid tanah.. Terima kasih kepada pelajar Perhebat LP3B kerana banyak membantu.. Tak lupa juga kepada pelajar elektrik yang terlibat