Cari Blog Ini

Jumaat, 15 Februari 2013

Selawat Atas Bot di Sungai Melaka

Assalamualaikumm...
Sebenarnya dah lama nak buat entri ni tapi masa sangat tidak mengizinkan... Pada 1 Febuari 2013 yang lalu , Kolej Komuniti Masjid Tanah telah menyertai pertandingan selawat atas bot di sungai melaka... Untuk persediaan hiasan bot itu mengambil masa 2 minggu untuk disiapkan.. maklumlah nak rancang, buat rangka , masuk lampu, balut lagi...

proses testing dan balut
 Thanks to mr Hubby sebab tolong menyiapkan rangka yang paling susah ketika dia sepatutnya bercuti (3 hari).. Kenalah belanja makan sebagai tanda terima kasih...



sewaktu menghias bot





Untuk hiasan bot ni aku dan 3 lagi rakan iaitu diba, hafiez dan aiza diberi tanggung jawab.. tema bot kami adalah tanglung... so bot kami tak letak walau sekuntum bunga hiasan pun.. cuma ada tanglung dan lampu...  penat juga menyiapkannya dan banyak sungguh cabaran...
Hasilnya di malam pertandingan
 alhamdulillah... berkat kesungguhan kami dan juga kumpulan selawat, kami dinobatkan sebagai juara pada malam itu.. sebenarnya pada malam tu, aku dan keluarga telah bertolak ke Ipoh.. so saat kemenangan itu tak dapat aku ada bersama...
Semoga kejayaan kami ini menjadi motivasi kepada pelajar kolej komuniti masjid tanah.. Terima kasih kepada pelajar Perhebat LP3B kerana banyak membantu.. Tak lupa juga kepada pelajar elektrik yang terlibat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan