Dah agak lama juga tidak mengupdate blog ni.. Tapi kali ini saya ingin berkongsi mengenai satu perkara baru dalam kehidupan saya..
Pada hari Khamis yang lalu, kami sekeluarga dikhabarkan bahawa ayah mertua tiba-tiba hampir pitam. Maklumlah, adik beradik hubby n kami sendiri tinggal berdekatan dengan rumah mertua... So malam tu kami berkumpul di rumah mertua, tanpa tahu masalah sebenar yang dihadapinya.. Next day, my hubby and I pergi kerja seperti biasa.. Balik dari kerja, we all decide untuk bawa mertua ke klinik.. Pada ketika itu mertua seakan tak boleh berjalan, dan sering loya dan muntah..
Bila sampai ke klinik dan membuat pemeriksaan, barulah kami tahu apa sebenarnya masalahnya. Sebenarnya pandangannya seperti ada benda berlari-lari dalam matanya. seperti cacing.. menyebabkan dia rasa seperti tidak jejak ke bumi. Disebabkan itu juga dia merasa loya dan tak boleh berjalan walaupun sebenarnya kakinya tidak pun sakit.
Mata Kita |
Doktor bertugas ketika itu memberitahu bahawa ayah mertua menghadapi masalah floaters of the eyes. katanya, setakat ini masih belum ada ubatnya..Doktor meminta saya mencari sendiri maklumat penyakit ini di internet. Doktor memberitahu pesakit hanya boleh adapt penyakit ini. menerima dan membiasakan dengan keadaan ini...
Jenis Floaters |
Untuk bahasa inggeris pula boleh ke web http://www.medicinenet.com/eye_floaters/article.htm
Perbezaan pandangan normal dan floaters |
Saya dan hubby sedang cuba mencari penawarnya.. selebihnya kami serah pada Allah.. Semoga Allah memberi kami petunjuk dan kesabaran... Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan